SirapSusuBandung

Unique kan!hehe

Malaysiaku Oh!

Negaraku. Tanah Tumpah oh Darahku. Rakyat hidup bersatu dan padu (ye ke?)

United Kingdom

Tempat menimba ilmu

Umat Islam bersatu

Tak kira bangsa, bahasa, warna kulit, kita semua berkumpul menyembah Yang Esa

Ilmu Pengetahuan Adalah Kuasa

Belajarlah dari buaian hingga ke liang lahad

Tuesday, May 8, 2012

Sahabat

Assalamualaikum wbt.

Semoga hari ini Allah mencintai kalian lebih daripada sebelum-sebelumnya...Amin Ya Hannan Ya Mannan...

Sudah lama blog ini tidak disapa oleh penulis...al-maklumlah dengan arus kesibukan yang datang secara bertubi-tubi...dengan tarikh final exam yang semakin jelas kelihatan...amat payah untuk mencuri sedikit masa menulis dalam blog ini...maaf ya...saya tak reti untuk mengungkapkannya, tetapi dalam post kali ini,

... ingin saya  menzahirkan rasa hati saya kepada sahabat saya melalui sebuah sajak...=')

(p/s: layan dgn lagu ni ya...hehe)


'SAHABAT'...

Sahabatku,
Teringat saat jiwa aku kekeringan,
Lalu terus, tiap kali seusai solat aku menadah tangan,
Merayu terus-terusan,
Dalam sedu tangisku...aku menjerit-jerit dalam doaku,
Ya Rabb! Ya Rabb! Ya Rabb!
Aku lemah Ya Rabb!
Engkau mengerti sahaja bukan rasa hatiku ini...
Utuskanlah aku seorang sahabat yang bisa memberiku kekuatan...
Anugerahkanlah aku seorang pembantu seperti mana Engkau utuskan Harun untuk Musa..
Amin Ya Sami' Ya Mujib!

Namun, tidak kuduga, begitu cepat Allah memakbulkan doaku...
Hadirnya watakmu dalam hidupku kini,
Tiada kata lain, selain hanya mampu bertasbih dan memuji-muji-Nya tanda kesyukuranku
Seoang yang sehina aku, tetapi Allah kurniakan sahabat seindahmu...

Sahabat, kaulah hidayah irshadku...
Kehadiranmu memberikan aku kekuatan...
Kehadiranmu sebagai inspirasiku untuk melangkah dengan gagah...
Kehadiranmu menceriakan kalbuku yang resah gelisah...
Kehadiranmu memecahkan rasa sunyiku berada di rantau orang ini...
Kau seorang yang amat memahami diriku...itulah yang membezakan antara kau dengan teman-temanku yang lain...

Selama ini, aku mencari-cari...seorang yang layak selayak-layaknya aku anugerahi gelaran Sahabat Sejati...
Namun, setiap kali terasa seolah-olah aku temui, setiap kali itu jualah  perasaanku dikhianati...
Mana mungkin aku gelar mereka itu sahabat,
Hatiku ini sewenang-wenangnya mereka cakar..
Tindak-tanduk mereka seoalah-olah tidak langsung memikirkan apa rasa hati aku ini..
Masakan hati ini tidak terseksa bukan?

Rupa-rupanya sudah takdir Allah menentukan,
Seorang yang sepertimu, yang langsung tidak aku sangkakan...
Maha Indahnya Allah itu...
Dikurniakan sahabat sepertimu..
Yang sentiasa menghargai kehidupanku...
Yang sentiasa bergembira dengan kegembiraanku...
Yang sentiasa cermat agar hatiku tidak terluka..
Yang menegurku dengan cara yang penuh hikmah dan kasih sayang...

Sahabat,
Yakinlah, takkan aku persia-siakan kewujudanmu dalam hidupku ini..
Mungkin tak mampu untuk aku membalas kebaikanmu ini,
Tetapi akan kulakukan yang terbaik...
Setidak-tidaknya tak akan lepas bayanganmu dalam doaku...

InsyaAllah...

Terima kasih...
Sahabatku...


Saturday, March 24, 2012

TeRIMaKAsiHYaALLAh… ALhamdULiLLah….


Selalu dalam hidup kita kita berdilema dalam menganalisa hidup ini… Kadang-kadang kita rasakan hidup ini terlalu payah banyak sangat ranjau, liku, onak dan duri... pasti perasan ini datang menjengah di kala kita ditimpa musibah, stress exam, apa yang kita hajatkan tidak terkabul…

Tapi di lain waktu pula kita rasakan indahnya hidup ini bila semua yang kita hajatkan termakbul…..

Ketahuilah semua bhawa hidup ini medan ujian dari Allah untuk menguji siapa diantara kita yang benar- benar bertakwa kepada-Nya..

Yakinlah apa sahaja yang terhidang dalam hidup ini adalah yang terbaik untuk kita dari Allah…yakinlah dengan janji Allah ini..


Cuba kita lihat semula sepanjang hidup kita ini berapa banyak kali kita berada di dalam kesusahan yang kita rasakan terlalu sukar malah mungkin di satu tahap kita rasakan tiada peluang untuk kita keluar dari musibah itu…..contohnya peperiksaan, kehilangan orang tersayang dan sebagainya….bukankah setiap kali itu juga tanpa kita sedari Allah keluarkan kita dari musibah itu… ditenangkan hati kita malah kadangkala mendapat rahmat pula selepas musibah-musibahitu…

Cuba kita bayangkan mampukah kita dengan tenaga dan kudrat kita semata-mata mengharungi hidup yang penuh cabaran ini..... ? tentu tidak…. Begitu la dekatnya Allah dengan makhluknya.

Jesteru ucapkanla syukur kepada Allah atas semua yang kita perolehi hari ini…. Setiap kali datang musibah kepada kita ucapkanlah

Thursday, March 22, 2012

BuNgA...

You Saka Main Jauh2...

SAKA!!!!!

Mari baca kepada yang berminat…Serius tak takut punya..

[ Syaitan sememangnya gembira apabila ada manusia yang menyeru untuk berdamping dengan mereka kerana mereka mahu menyesatkan manusia seperti firman Allah menerusi surah al-Hijr, ayat ke-39:

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.”]


SAKA adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati, lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya. Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar. Bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dulu. Semua upacara itu dilakukan berserta jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan. Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran makhluk halus ini, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan. (ala2 Degawan ni..)

Kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai kepentingan seperti :

· menjaga keselamatan diri,

· ahli keluarga dan harta;

· menjadi kuat,

· berharta,

· disayangi atau digeruni ramai pihak

· mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.

Pada awalnya saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.

FAKTA SAKA

· Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.

· Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.

· Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).

· Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.

· Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.

Antara jenis SAKA

· Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.

· Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.

· Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.

· Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.

· Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.

· Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.

· Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.

Syarat

Syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya


Cara membuang Saka mengikut perubatan Islam. Ada 10 part. Kalau berminat boleh tengok semua. Jangan cuak kalau tengok sorang2 waktu malam..

Kesan

· manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT

· seringkali berlaku di mana pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan ‘menumpang’ pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.

· Lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. (Nauzubillah!!!)

· lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.

· Masalah gangguan saka semakin menjadi-jadi apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga dan orang lain.

· Ada pula yang terjadi di mana anak yang mewarisi saka pula tidak mengetahui apakah syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin terbabit menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah.


Hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya:

“Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.

“Allah berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui,” (surah al-An’aam: 128).

Tips ketika bertemu dengan hantu

Ada seorang kawan rapat menceritakan pengalaman beliau bertemu dengan hantu saka (asal dari moyang punya kot). Nak dipendekkan cerita, selepas atuknya meninggal dunia, mula la pelbagai cerita yang seram tetapi yang paling seram adalah apabila ketika dia sedang tidur di kampung di mana rumah kampungnya itu adalah dua tingkat..dan yang paling menariknya pada pukul 2 pagi (waktu Malaysia), secara tiba2 ada makhluk Allah yang mengetuk tingkap bilik itu. Cuba bayangkan ada orang mengetuk tingkap bilik kita waktu 2 pagi???jadi tips yang terbaik adalah membaca ayat2 suci Al-Quran. Antara cara untuk pertahanan diri bagi melawan gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan…(boleh google kalo nak carik tips2 lain bagi mengelakkan diri dari gangguan makluk halus) ..tapi agak2 kalau jin ni jenis yang kental,apa lagi cabut pergi lari bilik parents la..hehehehe..:p

Apa-apa pon, setiap daripada kita, ahli keluarga lain atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit.


p/s: sy memang minat dengan benda2 ghaib ni..:)

Wednesday, March 21, 2012

Pintu-pintu Syurga




Pintu yang pertama tertulis kalimat LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADUR RASUULULLAH, yaitu pintu bagi para Nabi dan Rasul, syuhada’ dan juga pintunya orang-orang yang dermawan.

Pintu yang kedua yaitu pintu bagi orang-orang yang mendirikan shalat, orang yang menyempurnakan wudhunya dan orang yang menyempurnakan rukun-rukun shalatnya.

Pintu yang ketiga yaitu pintu bagi orang-orang yang memberikan zakatnya dengan senang hati dan ikhlas.

Pintu yang keempat yaitu pintu bagi orang-orang yang memerintahkan kepada kebajikan dan mencegah terhadap perbuatan munkar.

Pintu yang kelima yaitu pintu bagi orang-orang yang dapat memelihara syahwatnya dan mencegah dari nafsu yang buruk.

Pintu yang keenam yaitu pintu bagi orang-orang yang melaksanakan haji dan umrah.

Pintu yang ketujuh yaitu pintu bagi orang-orang yang berjihad (dijalan Allah).

Pintu yang kedelapan yaitu pintu bagi orang-orang yang bertaqwa, yaitu orang yang memejamkan matanya dari perbuatan dan sesuatu yang haram, orang-orang yang melakukan kebaikan, diantaranya: berbuat baik kepada orang tua, mempererat tali persaudaraan (silaturrahim) dan lain sebagainya.




Nama Syurga :

  1. Darul Jalal yaitu surga yang terbuat dari mutiara putih.
  2. Darus Salam yaitu surga yang terbuat dari yaqut merah
  3. Jannatul Ma’wa yaitu surga yang terbuat dari zabarjud hijau
  4. Jannatul Khuldi yaitu surga yang terbuat dari marjan yang berwarna merah dan kuning
  5. Jannatun Na’im yaitu surga yang terbuat dari perak putih
  6. Jannatul Firdaus yaitu surga yang terbuat dari emas merah.

  7. Jannatul ‘Adn yaitu surga yang terbuat dari intan putih

  8. Darul Qarar yaitu surga yang terbuat dari emas merah
Ya ALLAH bestnye kalau dpt masuk syurga.. semua perihal tentang syurga sungguh menyenangkan hati...

kita ingin masuk syurga, semua org mahu. tapi adakah kita sudah qualified untuk masuk Syurga-syurga ini? diri kita macam mana sekarang?


Bangun solat subuh pon susah bro... pe cer..


Saya seekor burung bukan cicak !

DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya:

“Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.”
(Hadis riwayat Muslim)

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu:

“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).

Wallahu a'lam..
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Lalu apa yang boleh burung ini lakukan..peringatan buat diri yang terlupa..hangatkan kembali kempen ini..

The lastest guilty companies (last revised on 19 Jan 2012):
"Boikot mereka sekarang ! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya !"
-Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

Tuesday, March 20, 2012

Busy itu satu Nikmat

Assalamualaikum wbt :)
kepada pembaca-pembaca di luar sana,
kadang2 kita mengeluh, kita merungut sebab banyak sangat kerja dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Bila tengok kalender bulan March sebagai contoh, "

"waaaa! banyaknyer kerja aku bulan ni!! ade sampai satu hari tu overlap antara kerja society dan kerja2 study...ahhh..."
it will be so stressful if we think too much bout it!

kadang-kadang, ia menyebabkan kita terfikir bestnyer orang yang hidupnya study je..pagi pergi kelas..petang balik..malam pulak pergi library untuk study dan revision..kemudian tidur..esok bangun pagi dan mulakan routin yang sama hingga hari jumaat..pada hari Sabtu pula..dari pagi hingga ke malam duduk di library untuk revision..ahad pula berehat-rehat sambil study di bilik...alangkah jealousnya sebab tak payah fikir soal lain, soal masyarakat..apa yang penting dapat kelas pertama...

tapi....... kita lupa..busy itu satu nikmat sebenarnya,..nikmat yang Allah kurniakan untuk kita..nikmat yang kadang2 menguji kita sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah apabila kita stress..adakah kita marah-marah kemudian tido untuk hilangkan stress? Adakah kita berdoa kepada Allah supaya Allah permudahkan urusan kita? Adakah kita ambil Al-Quran dan mengaji untuk hilangkan keresahan di hati kita memikirkan banyaknya kerja berbanding masa??
mari kita fikirkan pergantungan kita kepada Allah sebanyak mana...

janganlah jealous dengan golongan yang tiada tanggungjawab lain selain study sahaja kerana kita perlu yakin bahawa apa yang kita buat sekaran ni inshaAllah bakal memberatkan timbangan amalan kebajikan kita di sana nanti...amiiin,...inshaAllah...tapi, dengan syarat...hati mesti IKHLAS!!!

bak kata As-syahid Imam Hassan Al-Banna:

"sesungguhnya kewajipan dan tanggungjawab itu melebihi masa yang ada"

yes, memang kita rasa tanggungjawab kita terlampau banyak..tapi kita mesti pandai mengatur masa kita.. jangan sampai kita jadi tak seimbang dalam perngurusan masa..

contohnya : jika kita telah dijadualkan untuk buat kerja non-academic pada waktu malam, so pada waktu siang tu pandai2 la settlekan hal akademik supaya pada malam harinya kita tidak memberi alasan tak cukup masa kepada orang lain..atau alasan-alasan lain yang tidak kukuh.

apa yang penting sekarang ialah pengurusan masa kita!

jadilah seorang pelajar yang multi-tasker..bukan sekadar aktif dalam akademik malah juga non-academic things! hidup kita di dunia bukanlah untuk mendapat kelas pertama sahaja..

sumbangan kita kepada Islam, sumbangan kepada ibu bapa, sumbangan kepada masyarakat perlulah seiring..oleh itu, ayuh menjadi lebih efficient!!
Wallahua'lam :))

sekian.