Tuesday, March 20, 2012

Busy itu satu Nikmat

Assalamualaikum wbt :)

kepada pembaca-pembaca di luar sana,
kadang2 kita mengeluh, kita merungut sebab banyak sangat kerja dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Bila tengok kalender bulan March sebagai contoh, "

"waaaa! banyaknyer kerja aku bulan ni!! ade sampai satu hari tu overlap antara kerja society dan kerja2 study...ahhh..."
it will be so stressful if we think too much bout it!

kadang-kadang, ia menyebabkan kita terfikir bestnyer orang yang hidupnya study je..pagi pergi kelas..petang balik..malam pulak pergi library untuk study dan revision..kemudian tidur..esok bangun pagi dan mulakan routin yang sama hingga hari jumaat..pada hari Sabtu pula..dari pagi hingga ke malam duduk di library untuk revision..ahad pula berehat-rehat sambil study di bilik...alangkah jealousnya sebab tak payah fikir soal lain, soal masyarakat..apa yang penting dapat kelas pertama...

tapi....... kita lupa..busy itu satu nikmat sebenarnya,..nikmat yang Allah kurniakan untuk kita..nikmat yang kadang2 menguji kita sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah apabila kita stress..adakah kita marah-marah kemudian tido untuk hilangkan stress? Adakah kita berdoa kepada Allah supaya Allah permudahkan urusan kita? Adakah kita ambil Al-Quran dan mengaji untuk hilangkan keresahan di hati kita memikirkan banyaknya kerja berbanding masa??
mari kita fikirkan pergantungan kita kepada Allah sebanyak mana...

janganlah jealous dengan golongan yang tiada tanggungjawab lain selain study sahaja kerana kita perlu yakin bahawa apa yang kita buat sekaran ni inshaAllah bakal memberatkan timbangan amalan kebajikan kita di sana nanti...amiiin,...inshaAllah...tapi, dengan syarat...hati mesti IKHLAS!!!

bak kata As-syahid Imam Hassan Al-Banna:

"sesungguhnya kewajipan dan tanggungjawab itu melebihi masa yang ada"

yes, memang kita rasa tanggungjawab kita terlampau banyak..tapi kita mesti pandai mengatur masa kita.. jangan sampai kita jadi tak seimbang dalam perngurusan masa..

contohnya : jika kita telah dijadualkan untuk buat kerja non-academic pada waktu malam, so pada waktu siang tu pandai2 la settlekan hal akademik supaya pada malam harinya kita tidak memberi alasan tak cukup masa kepada orang lain..atau alasan-alasan lain yang tidak kukuh.

apa yang penting sekarang ialah pengurusan masa kita!

jadilah seorang pelajar yang multi-tasker..bukan sekadar aktif dalam akademik malah juga non-academic things! hidup kita di dunia bukanlah untuk mendapat kelas pertama sahaja..

sumbangan kita kepada Islam, sumbangan kepada ibu bapa, sumbangan kepada masyarakat perlulah seiring..oleh itu, ayuh menjadi lebih efficient!!
Wallahua'lam :))

sekian.

0 comments:

Post a Comment