Thursday, March 22, 2012

You Saka Main Jauh2...

SAKA!!!!!

Mari baca kepada yang berminat…Serius tak takut punya..

[ Syaitan sememangnya gembira apabila ada manusia yang menyeru untuk berdamping dengan mereka kerana mereka mahu menyesatkan manusia seperti firman Allah menerusi surah al-Hijr, ayat ke-39:

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.”]


SAKA adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati, lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya. Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar. Bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dulu. Semua upacara itu dilakukan berserta jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan. Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran makhluk halus ini, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan. (ala2 Degawan ni..)

Kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai kepentingan seperti :

· menjaga keselamatan diri,

· ahli keluarga dan harta;

· menjadi kuat,

· berharta,

· disayangi atau digeruni ramai pihak

· mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.

Pada awalnya saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.

FAKTA SAKA

· Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.

· Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.

· Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).

· Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.

· Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.

Antara jenis SAKA

· Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.

· Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.

· Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.

· Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.

· Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.

· Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.

· Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.

Syarat

Syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya


Cara membuang Saka mengikut perubatan Islam. Ada 10 part. Kalau berminat boleh tengok semua. Jangan cuak kalau tengok sorang2 waktu malam..

Kesan

· manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT

· seringkali berlaku di mana pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan ‘menumpang’ pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.

· Lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. (Nauzubillah!!!)

· lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.

· Masalah gangguan saka semakin menjadi-jadi apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga dan orang lain.

· Ada pula yang terjadi di mana anak yang mewarisi saka pula tidak mengetahui apakah syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin terbabit menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah.


Hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya:

“Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.

“Allah berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui,” (surah al-An’aam: 128).

Tips ketika bertemu dengan hantu

Ada seorang kawan rapat menceritakan pengalaman beliau bertemu dengan hantu saka (asal dari moyang punya kot). Nak dipendekkan cerita, selepas atuknya meninggal dunia, mula la pelbagai cerita yang seram tetapi yang paling seram adalah apabila ketika dia sedang tidur di kampung di mana rumah kampungnya itu adalah dua tingkat..dan yang paling menariknya pada pukul 2 pagi (waktu Malaysia), secara tiba2 ada makhluk Allah yang mengetuk tingkap bilik itu. Cuba bayangkan ada orang mengetuk tingkap bilik kita waktu 2 pagi???jadi tips yang terbaik adalah membaca ayat2 suci Al-Quran. Antara cara untuk pertahanan diri bagi melawan gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan…(boleh google kalo nak carik tips2 lain bagi mengelakkan diri dari gangguan makluk halus) ..tapi agak2 kalau jin ni jenis yang kental,apa lagi cabut pergi lari bilik parents la..hehehehe..:p

Apa-apa pon, setiap daripada kita, ahli keluarga lain atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit.


p/s: sy memang minat dengan benda2 ghaib ni..:)

0 comments:

Post a Comment