Sunday, March 18, 2012

Jibril mengajar untuk mengajar

“Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda danmeletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanyaialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Kepentingan hadis ini untuk umat Islam sememangnya tidak boleh dinafikan. Dalam hadis ini, diceritakan bahawa malaikat Jibril menzahirkan kewujudannya di hadapan para sahabat menunjukkan betapa signifikan mesej yang cuba disampaikan.

Walaubagaimana pun, entry ini tidak akan cuba mengupas intipati pokok dalam hadis tersebut. Sebaliknya, entry ini akan cuba melihat kepada bagaimana malaikat jibril memaparkan akhlak dan cara untuk menyampaikan ilmu.

Dalam hadis ini dipaparkan Jibril menjelmakan diri sebagai seorang lelaki yang berpenampilan yang bersih menunjukkan kepentingan penampilan luaran seseorang dalam menyampaikan ilmu.

Selain itu, tindakan malaikat Jibril yang memanggil Nabi Muhammad sebagai “Wahai Muhammad” dan bukan “Wahai Rasullullah” yang merupakan panggilan hormat yang wajib digunakan oleh para sahabat, berjaya menarik perhatiaan para sahabat terhadap mesej yang disampaikan oleh malaikat Jibril dengan sepenuhnya. Ditambah pula, tiada siapa yang mengenali nya dan beliau muncul secara tiba-tiba.

Kesimpulannya:

  1. Penampilan luaran yang baik merupakan elemen yang penting dalam menyampaikan ilmu. Bukan sekadar penampilan fizikal, malah penampilan akhlak juga perlulah selari. Hal ini disebabkan sifat semulajadi manusia yang suka dan tertarik kepada perkara-perkara yang cantik dan bersih
  2. Penyampai ilmu (seperti guru) serta dai’e perlulah kreatif dalam mencuri perhatian para audience dalam menyampaikan ilmu. Kebenaran mesej/ilmu tidak menjamin keberkesanan penyampaian nya.

Wallahu a'lam..

0 comments:

Post a Comment