Cukuplah membenci perbuatan jahat seseorang dan janganlah membenci dirinya kerana masih ada dalam hati mereka kalimaah Tauhid Laailaahaillallah. Sayangilah mereka kerana Allah memilih mereka di dalam golongan kaum muslimin seperti kita.
Manusia boleh berubah, perbuatan boleh berlalu. Taubat sentiasa terbuka. Adakala kita memaki manusia yang sudah bertaubat dan mengungkit2 kesalahannya yang lalu. Kita bukannya maksum untuk menghukum orang lain dan mereka bukannya syaitan utk dibenci selama-lamanya bahkan mereka adalah seagama kita.
Jika seseorang melakukan kesalahan, seharusnya tegur dan nasihatilah dia dengan berhikmah. Bukan hentam dan terus memburuk-burukkan nya. Tuturkan lah kata2 yang baik kerana kata2 yang baik itu adalah sedekah :) dan sedekah adalah ibadah :)
Justeru, usahlah kau terlalu mudah merasa sakit hati dan mengadu kepada sahabat lain akibat perbuatan buruk org lain kepada diri, kerana hakikatnya jika berbuat sedemikian bermakna hati kita yang kotor.
Kenapa?
Kerana kita tidak dapat terima sesuatu kenyataan itu dengan ikhlas dan redha keranaNya.
Sesungguhnya Allah s.w.t telah menghantar pelbagai ujian dan dugaan melalui saluran-saluran yang telah ditentukanNya.
Maka carilah hikmah-Nya yang tersembunyi di sebalik itu. Sabarlah dikau dalam menanti hikmah dan teguhlah pada peribadi yang mulia dalam meniti dugaan Illahi. Sungguh, dia dihantar oleh Allah bukan untuk kau benci, tetapi utk kau menasihati dan memandunya kpd kebaikan.
0 comments:
Post a Comment