Thursday, March 15, 2012

Pemisah antara langit dan bumi..?

Terjemahan

Allah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas `Arsy. Dia menundukkan matahari dan bulan; masing-masing beredar menurut waktu yang telah ditentukan. Dia mangatur urusan (makhluk-Nya), dan menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), agar kamu yakin akan pertemuan dengan Tuhanmu. [13:2]


Sepotong ayat Al-Quran yang aku petik untuk bagi gambaran apa yang akan aku tulis dalam entri ni.

Setiap malam kita disajikan dengan keindahan langit dari Ilahi. Lagi indah sekiranya cuaca baik, langit cerah. Makin bertambah-tambah indah sekiranya ada kerlipan bintang-bintang, planet-planet dan juga bulan. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah.

Pernah suatu ketika dulu, aku tertanya-tanya apakah pemisah antara atmosfera bumi dan langit? Berapa jauhnya pemisah tersebut dari aras laut? Korang pernah terfikir tak? Ok, tak apa la kalau tak terfikir pon. Meh sini aku beritahu apa yang didefinisikan dengan langit.


Langit = angkasa = sky. Secara ringkas;

Menurut Federation Aeronatique Internationale (FAI), atmosfera bumi dipisahkan dengan ruang angkasa oleh garisan Karman. Garisan Karman terletak 100km (~62 batu) dari aras laut.

Pada aras ini, `aeronautics’ bertukar menjadi `astronautics’.

Pada ketinggian ini, oksigen diperlukan di dalam pesawat udara.

Garisan Karman diambil namanya bersempena jurutera dan ahli fizik Theodore von Karman. Beliau membuat perhitungan pada ketinggian 100km dari aras laut ini, kenderaan/objek lebih mudah mengorbit daripada terbang kerana udara yang semakin menipis apabila ketinggian bertambah tidak sesuai lagi untuk terbang.


A diagram showing the Earth and the Karman-thickness atmosphere

Perhatikan gambar di atas. Bumi dilabel dengan warna kelabu dan atmosfera berwarna biru, dengan ketebalan garisan biru menggambarkan Garisan Karman.

*99.99997% daripada atmosfera bumi di dalam kawasan biru.


Demikianlah sedikit sebanyak tentang pemisah antara atmosfera bumi dan ruang angkasa. Lain kali kita bincang pasal hal lain pulak. ^^

Setakat ini sajalah entri aku untuk kali ini. Walaupun pendek harap bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment