Friday, March 2, 2012

WHY YOU NO COME TO CLASS?!


Assalamualaikum wbt., May you are in a good health and safety!

Alright, since I don't want you guys to find that this blog is only in English, therefore, I'm gonna write this post using our mother tongue language, Malay Language. =D
Nevertheless, the other reason why I want to write in Malay because I thought that this one is really important and a bit intimidate!=P

Baiklah, suka saya mulakan perkongsian ini dengan satu kenyataan(statement) yang sering didengari daripada sesetengah golongan:

"Aku bukan tak nak ke lecture, cumanya aku rasa, sama jer aku pergi ke kelas atau tak. Pastu, kadang-kadang, aku pergi ke kelas, lebih tak faham adelah! Baik aku stay kat bilik then study sendiri, lagi faham".

Maka, terpanggilnya saya di sini, bukannya mahu berbalah atau menolak kenyataan sesetengah kita seperti yang di atas itu. Saya sedia maklum tuan empunya badanlah yang lebih memahami kemampuan dan keperluan dirinya. Cuma izinkan saya berkongsi sedikit pendapat saya dengan harapan abang atau kakak sekalian mampu untuk mengatakan:

"InsyaAllah mesti ada something yang akan aku dapat daripada lecture nanti, pergi jelah dulu....at least yang pasti aku takkan rugi apa-apa".


PERTAMA(biasanya yang paling 'true' la kata orang):

Mari soal diri kita sendiri, sebab dirikan yang lebih mengerti akan diri kita sendiri. =D
Betulkah memang kita belajar sendiri ketika waktu lecture sedang dijalankan? Maksud saya, tadi kata tak nak pergi ke kelas, baik belajar sendiri, lagi faham. Namun persoalannya adakah kalian memang benar-benar study sendiri? Satu jam penuh? Ke masih berselimutkan mimpi atau mengadap skrin LAPTOP berperang dengan dunia maya? Lalu dalam hati terbisik kata-kata, "takpa, nanti hujung minggu nanti aku study". Apa kata anda? So true kan??

cukup sampai di sini untuk yang pertama, kita proceed untuk yang KEDUA:

Bagi yang kedua ini, saya hanya akan menyentuh kebaikan sekiranya tetap hadir ke kelas/kuliah, in a way, juga membawa maksud, keburukan tidak hadir ke kelas:

1. Keberkatan:
Bukan sahaja berkat daripada guru tersebut(walaupun guru itu non-muslim), tetapi berkat usaha kita. "Ya, tapi aku tak pergi kelas sebab sama jugak tak faham malah lebih tak faham",
Di sini suka saya bawa kepada anda definisi usaha dan hasil. USAHA: melakukan sesuatu demi untuk MENCAPAI matlamat, bukan demi untuk menjadikan matlamat sebagai kenyataan. HASIL: Matlamat tercapai.

Sebagai seorang muslim yang 'muslim', perlulah kita sedar, kita dituntut untuk berusaha dan berdoa. Soal hasil atau rezeki bukanlah urusan kita. Kita sedia maklum itu ialah urusan Allah semata-mata. Serahkan sahaja kepadanya, kerana sesungguhnya Allah tidak akan sia-siakan sedikit pun usaha dan amalan hamba-Nya. (ceramah sikit =D) In a way, nak menunjukkan bahawa, jangan kita khawatir, yakinlah, berkat usaha kita mengadap guru kita, insyaAllah ada rahmat dan barakah di situ. Yang penting, kita tidak akan rugi walau sedikit pun.

2. Tak dapat ilmu 'Akademik' dapat ilmu 'Soft-skill':
Attitude terhadap ilmu itu merupakan satu elemen yang paling penting. Seorang bapa ada dua orang anak lelaki. Bapa tersebut suka mendera anak-anaknya dan merupakan seorang kaki joli. Setelah anak-anaknya dewasa, yang sulong berkahwin dan punyai anak. Dia menjadi seorang yang sama seperti bapanya yakni pendera dan kaki hiburan. Namun anak yang kedua lain pula jadinya. Dia menjadi seorang usahawan yang berjaya dan seorang ayah yang penyayang. Bila ditanya, "excuse me sir, how come you become like this?", dia jawab, "cakap melayu jer yer, Okay, sebenarnya inilah yang dipanggil attitude terhadap ilmu. Abang saya nampak ayah kami seperti itu, dan dia anggap dia juga perlu menjadi macam itu. Tetapi pada pandangan saya pula, saya beranggapan bahawa saya tidak akan menjadi seperti ayah saya, jadi setiap hari....er...", "baiklah encik, itu saja saya tanya, tak perlu cerita apa yang encik buat yer....terime kasih", "...er...cis...^^" sama-sama".

Harap kalian faham apa yang cuba saya sampaikan. =D

Pendek kata, kita tak akan rugi apa-apa jika datang ke kelas.

3. Silaturrahim.
Apabila kita selalu tidak ke kelas, ia memberi gambaran yang buruk terhadap imej kita. Contoh: Andai dalam satu kelas itu, ada seorang perempuan dan dua orang lelaki. Yang lelaki seorang jenis yang rajin ke kelas, tapi result dia cukup-cukup makan sahaja, seorang lagi jenis yang malas untuk ke kelas, tetapi agak score dalam resultnya. Agak-agak perempuan itu akan pilih siapa sebagai calon suaminya? Ha...para sisters, sila jawab. =D
Baik, itu cuma contoh semata. Saya cuma mahu menunjukkan bahawa dengan hadir ke kelas, orang akan lebih menghormati, mengenali, menyayangi kita dan begitulah sebaliknya.

Baiklah cukup sampai di sini buat masa ini, kita proceed ke yang KETIGA:
MUHASABAH diri ya kawan-kawan! Yeah, as simple as that.

Wallahualam.

Terima kasih sudi baca. Sebenarnya banyak lagi yang mahu diperkatakan, cumanya, masa mencemburui saya, banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan.

Wassalam!

0 comments:

Post a Comment